Tentang Saya




Selain daripada bidang kesukarelawan, saya juga aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum seperti sukaneka, bola jaring, memanah dan badminton. Semasa di peringkat sekolah saya bergiat aktif dalam aktiviti sukaneka seperti lompat jauh, lontar peluru dan kawad berkumpulan. di peringkat universiti saya aktif dalam aktiviti bola jaring dan memanah.

Selepas tamat pengajian di peringkat universiti, saya menceburi banyak bidang pekerjaan. Antaranya ialah keselamatan, kebersihan dan bidang terakhir saya ialah mengajar sebagai seorang guru di sekolah. Sebagai seorang guru juga saya banyak menimba pengalaman sebagai guru taska dan tadika, guru pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan sebagai guru akademik dan agama bagi murid sekolah rendah dan menengah di sekolah swasta


Comments
Post a Comment